Tuesday, January 1, 2008

sekolah wawasan

Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

  1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
  2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
  3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
  4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

  • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
  • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
  • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
  • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Ceramah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai berinteraksi dan lebih memahami konsep sekolah wawasan.Sekolah Wawasan membantu murid-murid menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan lebih baik. Di sekolah vernakular ,murid-murid berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Mereka hanya hanya bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu,tahap penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu murid-murid sangat mengecewakan. Sebaliknya, di Sekolah Wawasan ,murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk berkomunikasi . Kekerapan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu membolehkan merekadapat berkomunikasi dengan lebih lancar dalam bahasa-bahasa itu.Antara Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya ialah Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Star, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.